Tuesday, 14 February 2017

PENGALAMAN BERNIAGA


Amboi tajuk kemain
pagi ni rasa macam nak cerita pengalaman
hakak yang tak seberapa ni kan
Sebenarnya................
minat berniaga selepas aku baru kawin
duk tengok husband meniaga kuhulu kehilir
macam syioookkk je 
tak terikat ngan 9-6 tu kan
rasa nak balik rumah nak berak balik jap haha
rasa nak bercuti...cuti je lahh takyah susah2 nak apply cuti kann
aku ni dari keluarga yang jenis
ko habis belajar mintak keja ngan gomen terjamin hidup ko
gitu la makpak aku terap dalam otak aku yang tak berapa nak pandai ni kan
so bila dah kawin sel2 otak aku ni macam berkembang
aku stat niaga baju, ala..baju macam ala2 korea tuuuu
berniaga kat facebook blog takreti lagi time tu
pastu bukak booth kat Amcorp mall
sabtu ahad memang terpampang lah muka aku kat situ
mula2 tu malu ya Allahhhh tak tau nak cakap
aku berdiri kat booth macam model laki aku cakap
tak promot lansung ! menyengih je keja aku hahaha!
lepas habis musim baju korea ni aku berniaga kain
jenuh g amik stok kat vietnam 
aku dah pandai buat fb ads 
target customer belah sabah ngan brunei
huiiiii masyuuukkk orang brunei memang gila shoping
mula2 dorang beli sikit bila kita layan dia elok
pos barang ontime pastu sure dorang beli lagi
kali ni borong untuk anak beranak
masyuuuukkk la aku time tu
mula berangan nak beli keta baru
melayu meniaga kan melayu...haha!
Tapi ku sangkakan panas...hingga ke petang rupanya mendung~~ 

*nyanyi*nyanyi***

aku silap perhitungan meniaga kain ni masyuk bila 3bulan sebelum raya saja, selepas raya sale ko menjunam sorang pon tak wasap
sedih hakak dikk hukhukkk
nasib baik tak sempat sambar keta haha!
Pastu lamaaaaa berfikir apa bisnes aku nak buat??
yang tak bermusim?yang orang selalu guna?
masa tu doa menangis mintak Allah tolong
akhirnya Allah gerakkan hati buat bisnes kosmetik
pembersih muka
aku ambik masa 8bulan carik supplier
buat Rnd testing kat 10orang 7wanita 3lelaki
reject ! reject ! xngam ! xcun! xjadi!
akhirnya aku pilih 1 supplier ni 
kilang orang muslim semua staff dia tutup aurat. 
Chemist yang bertauliah
study biochemical kat uk, pernah kerja kat kilang kosmetik kat uk
balik malaysia bukak kilang sendiri
Alhamdulillah...
tepat pilihan aku produk pertama aku facial bar
guna formula madu dengan tea tree
khusus untuk jerawat
*********
Bincang dengan team bubuh nama HEXA HONEY
kenapa hexa? honey tu tau la madu..
HEXA singkatan dari hexagon
kan honey comb berbentuk hexagon?
tau kan?? bagi aku bentuk tu sangat unik
ada soul ada jiwa, kat situ la madu dikumpulkan
dan
kat situ lah rezeki aku.........

1/2/17 first launching hexa honey facial bar
syukur sangat2 syukur dalam masa 3hari 
800kotak licin ! 

ehh nanti sambung lagi lah nak kluar jap big boss panggil


No comments:

Post a Comment