Tuesday, 14 February 2017

PENGALAMAN BERNIAGA


Amboi tajuk kemain
pagi ni rasa macam nak cerita pengalaman
hakak yang tak seberapa ni kan
Sebenarnya................
minat berniaga selepas aku baru kawin
duk tengok husband meniaga kuhulu kehilir
macam syioookkk je 
tak terikat ngan 9-6 tu kan
rasa nak balik rumah nak berak balik jap haha
rasa nak bercuti...cuti je lahh takyah susah2 nak apply cuti kann
aku ni dari keluarga yang jenis
ko habis belajar mintak keja ngan gomen terjamin hidup ko
gitu la makpak aku terap dalam otak aku yang tak berapa nak pandai ni kan
so bila dah kawin sel2 otak aku ni macam berkembang
aku stat niaga baju, ala..baju macam ala2 korea tuuuu
berniaga kat facebook blog takreti lagi time tu
pastu bukak booth kat Amcorp mall
sabtu ahad memang terpampang lah muka aku kat situ
mula2 tu malu ya Allahhhh tak tau nak cakap
aku berdiri kat booth macam model laki aku cakap
tak promot lansung ! menyengih je keja aku hahaha!
lepas habis musim baju korea ni aku berniaga kain
jenuh g amik stok kat vietnam 
aku dah pandai buat fb ads 
target customer belah sabah ngan brunei
huiiiii masyuuukkk orang brunei memang gila shoping
mula2 dorang beli sikit bila kita layan dia elok
pos barang ontime pastu sure dorang beli lagi
kali ni borong untuk anak beranak
masyuuuukkk la aku time tu
mula berangan nak beli keta baru
melayu meniaga kan melayu...haha!
Tapi ku sangkakan panas...hingga ke petang rupanya mendung~~ 

*nyanyi*nyanyi***

aku silap perhitungan meniaga kain ni masyuk bila 3bulan sebelum raya saja, selepas raya sale ko menjunam sorang pon tak wasap
sedih hakak dikk hukhukkk
nasib baik tak sempat sambar keta haha!
Pastu lamaaaaa berfikir apa bisnes aku nak buat??
yang tak bermusim?yang orang selalu guna?
masa tu doa menangis mintak Allah tolong
akhirnya Allah gerakkan hati buat bisnes kosmetik
pembersih muka
aku ambik masa 8bulan carik supplier
buat Rnd testing kat 10orang 7wanita 3lelaki
reject ! reject ! xngam ! xcun! xjadi!
akhirnya aku pilih 1 supplier ni 
kilang orang muslim semua staff dia tutup aurat. 
Chemist yang bertauliah
study biochemical kat uk, pernah kerja kat kilang kosmetik kat uk
balik malaysia bukak kilang sendiri
Alhamdulillah...
tepat pilihan aku produk pertama aku facial bar
guna formula madu dengan tea tree
khusus untuk jerawat
*********
Bincang dengan team bubuh nama HEXA HONEY
kenapa hexa? honey tu tau la madu..
HEXA singkatan dari hexagon
kan honey comb berbentuk hexagon?
tau kan?? bagi aku bentuk tu sangat unik
ada soul ada jiwa, kat situ la madu dikumpulkan
dan
kat situ lah rezeki aku.........

1/2/17 first launching hexa honey facial bar
syukur sangat2 syukur dalam masa 3hari 
800kotak licin ! 

ehh nanti sambung lagi lah nak kluar jap big boss panggil


Monday, 13 February 2017

NAK BERNIAGA TAPI TAK TAU NAK NIAGA APA?

 

Ni haa korang 
Peluang ni untuk korang yang betul betul minat
nak berniaga. yang jenis hangat hangat taik ayam 
takpayah lahhh haha!
Bukan apa niaga la apa pon
kalau jenis tak tak fokus
memang tak jadi apa 
bukan salah HQ tak ajar
bukan salah leader tak lead
tapi korang sendiri yang jenis tanak usaha
baru post 4,5 kali orang tak beli korang give up
apa korang ingat meniaga ni ada magic?
jual terus orang beli?
meniaga terus jadi kaya?
memang tak la...........

Dah malas nak membebel nanti berkedut muka hakak haha!
korang nak whatsapp no ni 018-2088 016 ok staff akak cik maya akan reply. yang nak jadi agen, stokis contact no tu jugak

ok lah bye akak nak gi makan nasik lemak sambal sutun

Sunday, 12 February 2017

KAN DAH KATA DAH


Tu lah orang dah cakap taknak percaya
Hexa Honey memang best ! Memang jadi !

Ramai yang cakap selepas 14hari kulit makin licin
 jerawat mengecut, paling best makin lama guna
Nampak makin cerah

Ehh kenapa selepas 14hari? Lambatnyaaa
.
Ni kami nak bagi tau..HEXA HONEY BAR hanya guna bahan semulajadi.
Tak ada bahan kimia yang merbahaya sebab tu kesan agak lambat



Biar lambat asal kan kulit selamat
Yang penting memaaaang jadi !
.
Ada apa dalam HEXA HONEY..??
Kenapa jadi bagus sangat?
..........................................................................................
1)Trigona Honey ( Madu Kelulut )
2)Olea Europaea (Olive Fruit Oil)
3)Centella asiatique Extract (Ekstak Daun Pegaga)
4)Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Oil
5)Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Extract
6)Aloe Barbadensis Extract (Aloe Vera)
7)Vitamin C & E
8)Peperita (mint)
.
konsep kami biar lambat asal kan
kulit selamat kerana kami juga pengguna macam anda..!!!!
Yang penting MEMMMAAAAANG JADI !!!!!!!!!
PM kami dan dapatkan segera harga Cuma RM39.00
atau boleh whatsapp kami di
.....................................................


WHATSAPP 018-2088 016
WHATSAPP 018-2088 016
WHATSAPP 018-2088 016

Thursday, 15 December 2016

1st chapter

8 December 2016

First produk yang setahun plan akhirnya siap
Alhamdulillah ya Allah kau kabulkan doaku.
Sekarang tunggu kotak siap InshaAllah awal
January dah boleh jual.


Monday, 12 December 2016

lepas kita enjoy terus senyap

ok harini saya macam rajin sikit
selepas bulan 10 haritu pos pasal kita enjoy 
rupanya hakak betol betol enjoy dikk
senyap sepi terus hilang dari radar
hahaha...

hmmm.....ummmm...errrrr.....
nak tulis apa lagi eh??
alamak macam dah takada idea 
nak tulis hapa ni??

sebenarnya saya dah terbiasa tulis pendek2 kat fesbuk
in real life pulak jenis tak cakap banyak
tapi bukan lah pendiam sangat
pasal tu tak reti nak bebel macam orang lain kan
nak taip panjang2 cerita macam2 ishhhhh tak reti lah

nak buh gambar cuti2 berapa kali sangat lah bercuti 
nak buh resepi tak pandai masak
nak buh tips fashion kelaut
nak cerita gosip, hakak tak minat retis
drama tv3 setahun sekali belum tentu tengok
nak buh gambar produk, produk belum siap

yang paling akak reti................makan okbye!









Monday, 17 October 2016

KITA ENJOY

Eh macam seronok pulak rasanya lepas dah post 1 tadi
mari kita cuba lagi ! haha

ok akak nak belajar post gambar pulak 
mula mula nak post gambar apa eh?
pikir jap.......

cantik lace ni

ehh nak taip balik caner pulak ni adoiiiii

pening ! bila taip balik ngan gambar ni sekali bergerak ikut apa yg akak taip
tolonggggggggggggggggggg akak nak gi bertenang jap okbye !







TESTING

So yeah mari lah kita serabut kan otak belajar buat blog 
susah wehhhhh lagi susah dari mula mula guna facebook

tapi takpe la pelan pelan belajar la kansebab sifu cakap blog 
ni penting untuk orang berniaga jadi mari lah kita cuba

kalau tak boleh jugak laptop ni akak baling ke laut cina selatan
bersemadi lah ko disana biar lah aku mereput tak reti guna blog 
sampai kemati gituu sadisnya

sebenarnya apa yang akak taip akak cakap ni tau
macam pelik pulak rasanya bercakap sorang sorang kat sini
akak cuba dik akak cuba......

jadi marilah kita publish nak tengok cane rupanya 
jangan laki aku baca blog ni sudah malu akak dik
kena kutuk je nanti takpe kalau dia kutuk
akak mogok masak baru tau nasib dia cane

ok mari kita publish !